Kelas Buat Duit Dengan Shopee

9 Julai 2023 | Aktiviti Terkini

8 Julai 2023 – PEDi Linggi telah mengadakan Kelas Buat Duit Dengan Shopee dan dihadiri oleh 2 orang peserta di antara umur 20an. Peserta ini adalah merupakan Newbie atau masih Zero dalam mengetahui cara untuk berniaga di dalam platform Shopee. Kelas ini adalah bertujuan untuk peserta dapat memulakan langkah untuk mendigitalkan perniagaan mereka.

Petugas PEDi membimbing mereka untuk memulakan perniagaan di dalam platform Shopee. Peserta dikongsi dengan cara mendaftar Akaun Shopee Seller khas untuk menjual di Shopee. Peserta dibimbing untuk mengemaskini kedai dengan memasukkan gambar profil, gambar latar dan penerangan berkaitan dengan kedai Shopee mereka. Peserta juga diajar bagaimana langkah-langkah untuk memuatnaik produk perniagaan mereka. Petugas membimbing mereka cara memasarkan produk mereka dengan menggunakan pemasaran yang ada di dalam Shopee. Peserta dikongsi cara penghantaran dan pembungkusan barang setelah mendapat jualan dari pelanggan.

Kelebihan dan kebaikan di dalam aktiviti ini ialah peserta dapat mengetahui selok-belok untuk berniaga di dalam platform Shopee dan dapat mendigitalkan perniagaan mereka. Kelas ini berlansung selama 1 jam setengah bermula dari 3.30 petang hingga ke 5 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali